masa dan detik tetap berlalu...
tanpa menoleh sempadan waktu,
cuba kita toleh masa-masa dahulu,
beramal soleh atau bernaung nafsu?
jika dikata kita ini lupa,
jika dikata kita tiada pilihan,
Allah sentiasa memberi pedoman,
kepada insan yang inginkan jalan,
nah!!kita diberi pilihan,
untuk kembali memegang iman, menggalas takwa,
atau kekal didalam keseronokan,
lalu kenapa masa dipersia?sedangkan ia xkekal lama?
ingat lah kembali perjalanan para nabi,
rungkailah kembali zuhudnya wali,
apatah lagi sahabat-sahabat rasulullah,
apatah lagi rasulullah sendiri..
disitu kau memahami,
tiada tempat untuk kau berdiri,
tanpa rahmat dari Illahi,
tanpa berkat doa rasulullah tercinta,
berpesanlah pada diri,
apa yang engkau mahu disana?
bebas dari cengkaman neraka?
atau berlari didalam syurga?
kiranya ingin menggapai yang dicita,
lihatlah kembali masa-masa lalumu,
berpegang pada nafsukah?atau takwa kah?
nafsu jalan ke syurga kah?atau ke neraka???
yang kau fikirkan nikmat,
sebenarnya dusta,
yang kau merasai sengsara,
sebenarnya hakikat..
dunia penjara bagi sang pencari..
merasa pahit - sepahitnya,
dunia syurga buat sang pelupa,
merasai nikmat - senikmatnya..
lalu soal lah diri,
apa yang kau cari?
lalu kenapa tidak sanggup kita merasai pahitnya dunia?
sedang kan itu penawar pengabdian??
kita diberi pilihan,
jangan dikata tiada pedoman,
buka lah mata isi lah minda,
kerana petunjuknya ada dimana-mana....
- saudagar miskin - nov 2010 -
No comments:
Post a Comment