dimana kita tatkala berkumandangnya azan subuh dipagi hari?
dirumah kah?atau masih dibaluti selimut tebal, diulit dengan deruan kipas?
dimana pula kita tatkala azan zuhur menjelma?
sibukkan diri di warung-warung makan? atau masih lagi lena terulit mimpi indah?
apatah lagi bila sayup-sayup azan Asar,
dimana kah kita?sibuk menguruskan kerja-kerja akhir yang belum siap?
atau telah bersiap-siap untuk aktiviti harian?
sayu kedengaran azan maghrib,
adakah kamu masih dipadang berhiruk pikuk sesama kawan?
atau berehat melepaskan lelah selepas rehlah?
tak kurang juga yang masih sibuk di meja menyiapkan kerja..
apabila isyak menjelang,
azan berkumandang, dimana kamu ketika itu?
masih dirumah melihat berita?
atau masih di meja komputer?
atau hanya berehat sahaja?
duhai insan,
sedarlah...rumahNya memanggil,
tetapi yang hadir hanyalah insan-insan tua,
dimanakah remaja???dimanakah dewasa???
apakah dibenak masing-masing terfikir...
"ahh...fardu kifayah aje"..."tentu dah ade orang lain pergi solat jemaah kt surau"..
atau hanya tidak mempedulikan seruan bilal????

inikah yang kamu inginkan??
sedarlah duhai insan,
kita didalam kelalaian,
pergi lah mengunjungi surau atau masjid di kediaman mu walaupun sekali,
lihat lah akan wajah-wajah insan tua yang masih mampu berjalan,
walau perlahan, mampu berdiri, walau usia kian usang,
tidak kah kau terfikir,
"aduh dimana rakan seusia ku?"
dan tidakkah kau terfikir??
"apa akan jadi tatkala yang tua ini pergi?"
"masih adakah insan yang sudi menyambut seruanNya?"
"atau masih lagi berfikir, sudah ade orang lain..xpergi pun xpe"
jangan duhai insan,
kau hanya menanti murka,
jangan sampai diberi bala,
kerana semua insan pasti akan terkena,
dunia ini kian suram,
tidakkah kau melihat petanda-petandaNya??
tidakkah kau ingin kembali mentaatiNya?
duhai sahabat..jika itu yang kamu inginkan,
kenapa tidak sekarang???sahutlah panggilanNya duhai sahabatku,
rumah Allah itu jgn dibiar kosong tanpa jiwa bernama pemuda...
tidak cukupkah kau melihat bala yang Allah turunkan pada golongan-golongan terdahulu?
bosnia, turki....tidakkah kita mengambil pengajaran daripadanya??

Cantiknya rumahNya, tetapi bagaikan kubur cina, sunyi tanpa penghuni...
No comments:
Post a Comment