ayah ku,
disaat ini,siapakah yang bersama menemanimu dibawah sana??
adakah bersama cacing2 yang memamah tubuh mu??
atau di pautan malaikat yang bersoal dengan mu??
ayah ku,
disaat ini, apakah makanan mu??
masih kah makanan mu seperti kami??
atau kau kelaparan tanpa bekalan??
ayah ku,
disaat ini, adakah kau masih mengingati kami??
yang masih bernyawa dibumi yang atas ini??
atau kau sudah melupai kami,
kerana teman mu ada disisi??
ayah ku,
nasihat mu ku masih turuti,
kata-kata mu ku masih ingati,
solat ini, ku jaga..
Al-quran ini, ku baca...
adik2 ku, tanggungjawab ku,
itulah yang ayah tinggalkan,
untuk ku...
ayah ku,
kami hidup ini tiadalah lama,
kelak pasti bersama kamu,
kelak pasti, kita ditanya,
kelak pasti kita berjumpa...
saudagar miskin 9 april 2011 (04.02pm)
No comments:
Post a Comment