~~~~

Wednesday 18 April 2012

Mari Mengenali 10 Imam Qiraat


10 IMAM QIRAAT



1. Imam Nafi' (امام نافع)
- Nama Sebenar nafi' Bin Abdul Rahman Bin Allaisi.
Nama gelaran Beliau Ialah Abu Ruyam.
- Bersifat Mulia Dan baik Hati.
- Wafat Pada tahun 167 Hijrah Ketika Berumur 99 Tahun.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Qalun ( Abu Musa Bin Mina Bin Wardan Bin Isa Abdul Samad)
- Dilahirkan Pada Tahun 120 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada
Tahun 220 Hijrah.
(2) Warsy (Abu sa'id Othman Bin Sa'id Bin Abdullah Al-Qibti Al Masri)
- Dilahirkan Pada Tahun 110 Hijrah DanMeninggal Dunia Pada Tahun
197 Hijrah.



2. Ibnu kasir (ابن كثير)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu sa'id Abdullah Bin Kathir Bin 'Amru
Bin Adbullah Bin Zazan Bin Fairuz Bin Hirmuz Al-Dari).
- Dilahirkan Pada tahun 45 Hijrah.
- Wafat Pada tahun 120 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Al Bazzi (Abu Hasan Ahmad Bin Muhammad Bin Abdullah Bin Al-Qasim Bin
Nafi' Bin ABi Bazzah Al-Makki.
- Dilahirkan Pada Tahun 170 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada tahu
250 Hijrah.
(2) Qunbul ( Abu 'Amru Muhammad Bin Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Khalid
Bin Sa'id Bin Al-Makhzumi.
- Dilahirkan Pada tahun 195 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada Tahun
291 Hijrah.



3. Abu Amru (ابو عمرو)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu 'Amru Ziban Bin Al-'Ala' Bin Al-'Iryan
Bin Abdullah Bin Al-Husain Al-Mazani.
- Dilahirkan Pada Tahun 68 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 154 Hijrah.
- Mempunyia 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Al-Duri ( Abu 'Amru Hafsh Bin Umar Bin Abdul Aziz Al-Nahwi Al-Baghdadi.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 246 Hijrah.
(2) Al-Susi ( Abu Syu'aib Shalih Bin Ziad Bin Abdullah Bin Ismail Bin Al-Jarud.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 261 Hijrah.



4. Ibnu 'Aamir (ابن عامر)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu 'Imran Abdullah Bin 'Aamir Bin Yazid Bin
Tamim Bin Rabi'ah al-Yahshabi.
- Dilahirkan Pada Tahun 8 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 118 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Hisyam ( Abu Al-Walid Hisyam Bin 'Ammar Bin Nasir Bin Maisarah Al-Salma)
- Dilahirkan Pada Tahun 153 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada Tahun
245 Hijrah.
(2) Ibnu Dzakuan ( Abu 'Amru Abdullah Bin Ahmad Bin Basyir Bin Dzakuan.
- Dilahirkan Pada Tahun 173 Hijrah Dan Wafat Pada Tahun
242 Hijrah.



5. 'Aashim (عاصم)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Bakar 'Aashim Bin Abdullah (Abi Najud)
Bin Bahdalah Al-Asadi.
- Wafat Pada Tahun 127 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Syu'bah ( Abu Bakar Syu'bah Bin 'Iyasy Bin Salim.
- Dilahirkan Pada Tahun 95 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada tahun
193 Hijrah.
(2) Hafsh ( Abu Umar Hafsh Bin Sulaiman Bin Al-Mughirah Bin Abi Daud Al-Kufi.
- Dilahirkan Pada Tahun 90 Dan Meninggal Dunia Pada Tahun
190 Hijrah.



6. Hamzah (حمزة)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu 'Imarah Bin Habib Bin 'Imarah Bin
Ismail Al-Zaiyat.
- Dilahirkan Pada Tahun 80 Hijrah
- Wafat Pada Tahun 156 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Khalaf ( Abu Muhammad Khalaf Bin Hisyam Bin talib Al-Bazzar)
- Dilahirkan Pada Tahun 150 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada Tahun
220 Hijrah.
(2) Khallad ( Abu Isa Khallad Bin Khalid Al-Syaibani Al-Kufi.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 220 Hijrah.



7. Al-Kisaie (الكساءى)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Al-Hasan Ali Bin Hamzah Bin Abdullah
Bin Othman Al-Nahwi.
- Dilahirkan Pada Tahun 119 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 189 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Abu Al Harith ( Al-laith Bin Khalid Al-Marwazi Al-Baghdadi)
- Meninggal Dunia Pada Tahun 240 Hijrah.
(2) Al-Duri ( Abu 'Amru Hafsh Bin Umar Bin Abdul Aziz Al-Nahwi
Al-Baghdadi.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 246 Hijrah.



8.Imam Abu Ja'far Al-Madani ( ابو جعفر المدني )
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Ja'far yazaid Bin Al-Qa'fa'
Al-Makhzumi Al-Madani.
-Wafat Pada tahun 130 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu :
(1) Abu Al-Harith ( Isa Bin Wardan Al Madani )
- Meninggal Dunia pada Tahun 160 Hijrah.
(2) Ibnu Jammaz ( ABu Al-rabi' Sulaiman Bin Muslim Bin Jammaz
Al-Madani.
- Dilahirkan Pada Tahun 117 Hijrah
- Meninggal Dunia Pada Tahun 170 Hijrah.



9. Imam Ya'qub Al-Hadhrami ( يعقوب الحضرمى )
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Muhammad Ya'qub Bin Ishaq Bin
Zaid Bin Abdullah Bin Abu Ishaq Al-hadhrami Al-Bashri.
- Dilahirkan Pada Tahun 117 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 205 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu :
(1) Ruwais ( Abu Abdullah Muhammad Bin Al-Mutawwakil Al Bashri.
- Meninggal Dunia Pada tahun 238 Hijrah.
(2) Abu Al-Hasan Rauh Bin Abdul Mu'min Al-Bashri.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 234 Hijrah.



10.Imam Khalaf Al-'Asyir ( خلف العاشر )
- Beliau Ialah Rawi Pertama Bagi Imam Hamzah Al-Kufi.
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Muhammad Khalaf Bin Hisyam Bin
Talib Al-Bazzar.
- Dilahirkan Pada Tahun 150 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 229 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu :
(1) Ishaq ( Abu Ya'qub Ishaq Bin Ibrahim Bin Othman Al-marwazi
Al-Baghdadi.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 286 Hijrah.
(2) Idris ( Abu Al-hasan Idris Bin Abdul Karim Al-Haddad Al-Baghdadi.
- Dilahirkan Pada Tahun 189 Hijrah.
- Wafat Pada tahun 292 Hijrah.
petikan daripada http://tahfizqiraat0407.blogspot.com/2007/07/blog-post_7094.html

Monday 2 April 2012

Kisah Sa'ad Abi Waqas


Kisah Sa’ad Abi Waqas memang menarik kerana keimanan beliau setelah memeluk Islam serta kehebatan beliau setelah diberi tanggung jawab memimpin tentera Islam dalam perang Al Qadisiyah yang membawa kejatuhan kerajaan Parsi.

Sa’ad Abi Waqas berasal dari keluarga Quraisy yang terhormat itu menerima bantahan keras daripada ibunya sendiri apabila beliau memeluk Islam. Ibunya menentang dengan pelbagai cara sehingga sanggup melakukan mogok lapar dengan harapan anak kesayangannya berubah pendirian. Namun Sa’ad Abi Waqas dengan tegas berkata.

“Wahai ibuku, demi Allah, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu hilang satu demi satu aku tidak akan meninggalkan agamaku ini.”

Kata-katanya itu membuat ibunya kecewa dan marah lalu menghalau Sa’ad keluar dari rumah hanya dengan sehelai sepinggang. Kemudian Sa’ad Abi Waqas ikut berhijrah ke Madinah.

Antara kelebihan Sa’ad Abi Waqas doanya makbul dan apabila memanah tepat mengenai sasaran. Ini kerana Nabi Muhamad saw pernah mendoakannya.

“Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan makbulkan doanya.”




Pada suatu hari ketika Rasulullah saw sedang berbual dengan para sahabat tiba-tiba baginda berkata, “Sekarang akan muncul di hadapan kamu seorang lelaki ahli syurga.”

Tidak lama kemudian muncul Sa’ad Abi Waqas. Mereka bertanya apakah ibadat yang dilakukannya sehingga mendapat kedudukan yang tinggi.

Kata Sa’ad Abi Waqas, “Saya beribadat seperti kamu juga. Hanya saya tidak pernah menaruh perasaan dendam atau berniat jahat terhadap seorang pun di antara kaum muslimin.”

Semasa Perang Badar Sa’ad Abi Waqas bertempur dengan gagah berani. Begitu juga dalam Perang Uhud beliau antara sahabat yang sentiasa berada di sisi Rasulullah serta melindunginya.

“Panahlah hai Sa’ad, ibu bapaku jadi jaminannya,” kata Rasulullah sambil menghulurklan anak-anak panah kepada Sa’ad Abi Waqas.

Sa'ad Abi Waqas juga mendapat gelaran “Singa yang menyembunyikan kukunya.”Kerana itu beliau diberi tanggung jawab oleh khalifah Umar al Khattab memimpin 30 ribu tentera Islam bagi membantu pasukan yang sedang bertempur dengan tentera Parsi.

Sebelum itu khalifah mendapat berita tentera Islam di bawah pimpinan panglima al Muthanna mengalami kekalahan dalam perang jambatan yang mana 4 ribu orang sudah syahid.

Pasukan tentera Islam yang dipinpin Sa’ad Abi Waqas akhirnya bertempur dengan tentera Parsi dalam Perang Al Qadisiyah. Akhirnya tentera Parsi mengaku kalah setelah ketua mereka Rustam terbunuh.

Kekalahan dalam Perang Al Qadisiyah menyebabkan maharaja Parsi mengerahkan seluruh kekuatan tentera bagi menghadapi tentera Islam. Kedua pasukan bertemu di Iraq dan mereka dipisahkan sungai Tigris.

Sa’ad Abi Waqas pun memohon doa kemudian menyuruh tenteranya membaca Hasbunallah wa ni’mal wakil yang ertinya “cukuplah bagi kita Allah dan Dia sebaik pemimpin” lalu memerintahkan tenteranya menyeberang sungai Tigris.

Dengan izin Allah, mereka meredah air sungai itu bagaikan berjalan di atas daratan sehinga ke semuanya tentera Islam berjaya menyeberangi dengan selamat. Melihat keajaipan yang luar biasa itu menyebabkan tentera Parsi lari bertempiaran….

Sa’ad Abi Waqas dilantik menjadi ganenor Kufah. Apabila timbul fitnah terhadapnya maka Khalifah Umar al Khattab menggantikannya dengan orang lain. Namun kepercayaan khalifah Umar terhadap Sa’ad Abi Waqas tidak berubah sehingga mahu melantiknya menjadi penggantinya sebagai khalifah tetapi ditolak oleh Sa’ad Abi Waqas.

Sebelum meninggal dunia Khalifah Umar berkata. “Aku bersetuju jika Sa’ad yang dipilih oleh majlis syura menjadi khalifah. Jika orang lain maka aku berpesan supaya khalifah selepas aku melantik Sa’ad untuk satu jawatan. Sesungguhnya aku memecat dia sebagai gabenor Kufah bukan kerana dia lalai atau kianat.”

Apabila majlis syura bersidang Sa’ad Abi Waqas menarik diri dari pencalunan sebagai khalifah. Saidina Uthman melantik Sa’ad Abi Waqas sebagai gabenor Kufah. Sekali lagi beliau difitnah sehingga beliau berdoa.

“Ya Allah, jika orang yang menfitnahku itu kerana riyak, dusta dan ingin mendapat nama maka butakanlah matanya dan biarkanlah dia menerima balasan fitnah.”

Doa Sa’ad Abi waqas dimakbulkan Tuhan. Orang yang menfitnah itu matanya menjadi buta.

Apabila berlaku perbalahan antara pengikut Saidina Ali dengan Muawiyah maka Sa’ad Abi Waqas bersikap berkecuali dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Ketika Khalifah Muawiyah berkuasa beliau mahu melantik Sa’ad Abi Waqas menjadi ketua panglimanya tetapi dengan tegas menolaknya dengan berkata.

“Apabila aku menghunus pedang jika dipukulkan kepada orang mukmin maka pedangku tidak melukai mereka tetapi jika dipukulkan kepada musuh Allah mereka akan terpotong.”

Sa'ad Abi Waqas lelaki Muhajirin yang terakhir meninggal dunia dan beliau berpesan.

“Kafani aku dengan jubah yang aku pakai semasa Perang Badar. Aku sengaja menyimpannya untuk keperluan tersebut.”



Sumber : Nukilan Abu Latip novelis

http://www.facebook.com/profile.php?id=1342311210

Sunday 1 April 2012

JADILAH YANG KECIL....

    Pada satu masa dahulu, ada dua orang sahabat yang sangat akrab, Seorang itu tersangatlah alim dan warak, dan seorang lagi seorang peniaga yang jujur. Dipendekkan cerita, pada suatu hari sahabatnya ingin pergi menjual barang perniagaannya ke satu negeri yang menjadi tumpuan pedagang - pedagang untuk memperdagangkan barangan mereka. Jika hendak dihitungkan, sahabat yang berniaga ini perlu menempuhi perjalanan mengambil masa satu minggu jauhnya. Namun, itulah lumrah dalam mencari rezeki di bumi tuhan ini, berjalanlah dia bersama muatan - yang dipikul untanya. Pemergiannya itu diketahui oleh sahabatnya yang warak itu.

     Selang beberapa hari kemudian, kelihatan kelibat seorang dari luar kota sekoyong - koyong berjalan dengan unta yang penuh muatan. Melihatlah si warak dengan penuh persoalan. Sahabatnya pulang lebih cepat daripada apa yang disangkakan, hendak kata barang niaganya telah habis dijual itu tidak mungkin, kerana perjalanan ke kota tumpuan pedagang itu mengambil masa seminggu untuk sampai. Hendak dikatakan dirompak oleh penyamun juga tidak mungkin, kerana dibelakang untanya masih bertimbun banyak barang yang belum diniagakan. hairan sungguh rasa hati si warak, terdetik untuk bertanya kepada sahabatnya yang baru pulang itu.

      "Sahabatku, kenapa begitu cepat benar kamu pulang kali ini? sudah habis dijualkah barang niaga mu?", tanya si warak membuka bicara. "tidak sahabatku! bahkan aku tidak pergi pun berdagang ke sana.", jawab sahabatnya." Apa yang menghalangimu di perjalanan mu itu wahai sahabatku? adakah musuh datang mengancam mu?", soalnya lagi. " oh, tidak sahabatku, bahkan perjalanannya begitu aman sekali". balas sahabatnya. "Jadi apakah gerangan mu kembali tanpa berjual beli?" bertanya si warak dengan penuh ingin tahu.

     "sebenarnya dalam perjalanan ku untuk berniaga, aku merasa sangat penat dan terjumpalah aku dengan tempat yang redup dan air yang jernih." sahabatnya menyambungkan ceritanya, " Kepenatan ku terubat dengan aku berehat melepas lelah di perdu pokok itu, sedangkan mata ku mula memandang keatas, anak mata ku melihat akan seekor burung sedang bertenggek pada dahannya." si warak itu mendengar dengan penuh khusyuk. Sahabat itu menyambung lagi, " ku amati betul - betul burung tersebut, baru ku sedari bahawa burung tersebut kudung sebelah kakinya, dan buta akan matanya."


     "kemudian, apa yang berlaku?" soal si warak dengan penuh minat. Sahabatnya menjawab, " Dalam hatiku terdetik, bagaimana mungkin burung ini boleh hidup sedangkan ia buta,bahkan kudung kakinya, mana mungkin ia mampu mencari rezeki?. sahabat itu berbicara lagi." dengan izin Allah, ku melihat dua ekor burung yang sangat kecil menghampiri burung yang cacat itu, disuakan makanan oleh burung - burung yang kecil itu pada burung yang malang itu." si warak itu mendengar dengan penuh kagum. Sahabatnya menambah lagi, "aku merasakan sungguh ta'ajub atas kejadian itu, di hati ku terdetik, sedangkan burung yang cacat ini pun mendapat rezekinya sendiri, walaupun tidak melalui kudrat dan kemampuannya, jika Allah ingin memberi rezekiNya, tetap akan sampai pada ia." si warak itu mengangguk tanda faham."Aku membuat keputusan untuk tidak berniaga lagi, kerana aku yakin jika Allah kehendaki, tentu aku tetap akan mendapat bahagianku juga," ujar sahabatnya.

    fahamlah si warak kenapa sahabatnya tidak pergi lagi berniaga. Si warak ini tersenyum lalu bertanya, "wahai sahabatku, memang benar apa yang kamu katakan itu, tetapi aku berasa hairan sekali." Sahabatnya melihat si warak dengan rasa hairan menebal di dada. "apa maksudmu duhai sahabatku?", soalnya. " Aku hairan kenapa kamu begitu beriya-ia mahu menjadi seperti burung yang cacat itu, sedangkan kamu dikurniakan Allah sempurna kejadiannya. Kenapa kamu tidak mahu menjadi seperti burung yang kecil itu? sedang burung itu pun perlu mencari rezeki untuk dirinya juga. Bahkan ia perlu mencari rezeki yang lebih untuk memberi makan kepada burung yang cacat itu, bukankah itu lebih mulia???", ulas si warak itu dengan panjang lebar dan penuh hikmah.

   Tersentaklah sahabatnya itu dengan kata-kata si warak. seolah-olah kepalanya diketuk oleh tukul yang meleraikan karat - karat yang menutupi akal sihatnya... sedarlah dia akan kesilapan dirinya sendiri. "Benar kata - kata mu wahai sahabatku, engkau telah membuka mata ku untuk melihat kesilapan fikiran ku," kata sahabatnya itu lagi...Jadi sahabat pembaca sekalian, apa yang ingin kamu jadi?

Wednesday 11 January 2012

Ayyuhal walad...karangan imam Al-Ghazali

Nasihat yang pertama...

WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN

telah menulis Imam Al-Ghazali didalam sepucuk surat yang dibalas kepada seorang anak murid yang mencintainya, sebeginilah antara isi kandungannya...

wahai anakku yang tercinta;

sebahagian daripada nasihat rasulullah s.a.w kepada umatnya ialah :-
maksudnya :-
"adalah dikira sebagai berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatan maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka."

duhai sahabatku, bayangkan surat ini ditujukan kepada kita...apakah tindakan kita?dimanakah kita?renung2kanlah...

Tuesday 10 January 2012

cikgu, betul ke Allah ada??? part 1

Pagi itu murid - murid sekolah itu kelihatan bersemangat sekali, kelihatan ada yang berjalan berpimpingan tangan..ada pula yang kejar mengejar...tidak kurang juga ada yang berjalan tunduk, mungkin matanya masih mengantuk. mungkin juga terlewat bangunnya.

mata cikgu itu melirik kepada seorang murid, yang lihatnya selalu suka bertanya, bermain dan bergurau. di kelas dialah raja. Masakan tidak, semua murid tahu dia memang berpengaruh, hero lelaki lah katakan. sebentar lagi kelas akan bermula. cikgu itu menuju ke blok Kapas. dibibirnya senantiasa terukir senyuman, jarang sekali bermuram durja. Ahh, kelas ini memang terkenal, kelas yang menjadi ranking pertama dalam buah mulut guru - guru.

cikgu itu masuk ke kelas itu, suasana ceria kelas tidak pernah berkurang, jika tidak kena kawalan murid, sukarlah untuk memastikan kelas dalam keadaan bersedia.seraya dia berkata."kelas semua bangun!". dalam keadaan yang kurang bersedia, murid - murid bangun, ada yang menggeliat, ada yang masih terpaku dikerusi, tidak kurang juga ada yang bermain - main dengan rakan. "baik, siapa yang tidak berdiri dengan betul, saya tidak akan bagi mereka duduk!'', tegas cikgu itu. dengan nada yang serius itu membantutkan murid - murid yang masih duduk dan yang yang sedang bergurau senda mula berhenti bercakap. suasana kelas tenang seketika. "assalamualaikum"...cikgu bersuara, murid - murid membalas dengan penuh bersemangat dan suara -suara mereka kedengaran dalam sebutan yang seirama.

"sebelum kita duduk, saya nak tanya kamu semua, siapa pagi ini membaca surah Al-fatihah? sila angkat tangan". sekali lagi murid termenung dan berfikir, ada yang mencuit kawan disebelah bertanya...mungkin tidak dapat memahami soalan atau tidak tahu surah Al-fatihah itu apa...suasana menjadi agak hingar seketika. tiba -tiba seorang daripada mereka mengangkat tangan..kawan - kawan yang melihatnya juga turut mengangkat tangan...ada juga yang tidak berbuat demikian...senyuman terukir pada wajah cikgu itu."baiklah, yang angkat tangan ni, arahan cikgu seterusnya, cuba baca surah Al-fatihah beramai-ramai, cikgu nak dengar." dengan nada yang yakin dan bersemangat mereka membaca, tidak kurang juga murid - murid yang tidak menngangkat tangan juga turut mengikuti bacaan mereka. selesai membaca, cikgu itu bertanya lagi kali ini dia menumpukan soalan tersebut kepada murid yang mula-mula mengangkat tangan tadi.."Che Ku, cikgu nak tanya, bila kamu baca Al-Fatihah pagi tadi?" seluruh mata didalam kelas itu tertumpu kepada Che Ku.Dengan tersenyum dan perlahan, "semasa solat subuh cikgu!". sekali lagi senyuman terukir diwajah cikgu itu, dia memang sudah menjangkakan jawapan itu terpancul dari murid yang paling tersohor dengan kepandaiannya. murid-murid yang lain memberi reaksi yang peling, ada yang merenung, ada yang tersengih, tidak kurang juga ada yang memberi mimik muka " aku agok doh".(dalam bahasa Terengganu)

" cikgu tengok tidak ramai yang solat pagi tadi, cikgu tahu sebab bukan semua yang jujur, tadi cikgu boleh nampak ada yang tidak membaca surah Al-Fatihah bersama-sama walaupun dia angkat tangan." seluruh kelas dalam keadaan diam dan bungkam. cikgu itu mengarahkan murid - murid itu duduk seraya mengingatkan mereka yang masih tidak bersolat agar melaksanakan kewajipan itu.

" hari ini kita akan belajar tentang kewujudan Allah.sebelum kita mulakan, izinkan cikgu memulakan pelajaran pada hari ini dengan cerita, kamu semua nak dengar tak?" soal cikgu Agama itu, sememangnya dia tahu murid - muridnya suka mendengar cerita. " cuba kamu lihat keadaan sekeliling kita. apa yang kamu nampak?", kelas menjadi bising kembali dengan jawapan - jawapan daripada murid -murid. sememangnya jika ditanya soalan pastinya mereka tidak akan lepaskan peluang untuk bercakap, sememangnya murid - murid tahun 3 Cemerlang ini suka menyatakan pendapat masing - masing." baiklah, cikgu nak orang yang nak jawab angkat tangan, cikgu akan pilih, orang yang cikgu tidak pilih, tolong jangan bercakap, siapa yang bercakap juga, cikgu akan denda mereka berdiri!", serius nadanya.

beberapa orang murid mengangkat tangan" Normie, cuba beritahu cikgu apa yang kamu nampak?",tanya cikgu. " pokok, cikgu!." jawabnya. beberapa murid yang lain memberitahu jawapan seperti meja, kerusi, kipas, batu, langit, dan kucing." Murid - murid, apa yang kamu nampak ini dipanggil benda - benda yang ada atau wujud. jadi, wujud itu bermaksud ada.Sekarang, adakah semua anak murid cikgu faham dengan maksud wujud? satu kelas menjawab dengan nada seirama " Faham cikgu!". cikgu itu bertanya, "ada soalan?". kelihatan satu tangan diangkat, " baik, Rahman, apa yang kamu hendak tanya?" soal cikgu. " cikgu, betul ke Allah itu ada?kenapa saya tak pernah nampak?", soal Rahman dengan mimik rupa terpampang ribuan persoalan yang tidak terjawab. sememangnya Rahman merupakan murid yang agak matang fikirannya, walaupun baru berumur 9 tahun, pemikirannya jauh menginjak dari usianya.

Senyuman cikgu itu semakin jelas kelihatan."terima kasih Rahman, memang Allah itu wujud, tetapi kita tidak dapat melihat Dia, Allah sentiasa melihat kita semua, Dia nampak apa yang kita bisikkan walaupun didalam hati kita. kawan - kawan kita tidak tahu apa yang kita sedang fikirkan bukan? cuba kamu fikirkan sesuatu. Allah pasti tahu apa yang kamu fikirkan. buktinya Allah itu wujud cukup - cukup mudah. baik, kelas...kamu percaya tak angin itu ada?" panjang lebar ulasan cikgu dan ditambah dengan soalan.murid-murid secara spontan menjawab "ya kami percaya!" lalu cikgu ittu bertanya lagi," macam mana kamu tahu angin itu ada sedangkan kamu tidak nampak angin? murid - murid lain terdiam, Rahman bangun seraya berkata " boleh cikgu, kita boleh rasa angin kipas cikgu, sejuk." jarang sekali anak kecil yang mampu berfikiran matang sedemikian. "benar kata Rahman ittu, walaupun kita tidak nampak angin tetapi kita boleh rasa, jika angin yang kita tidak nampak pun wujud, Allah lebih - lebih lagi lah wujudnya!" bahas cikgu itu."ada banyak bukti-bukti yang Allah tunjuk membuktikan yang DIA wujud, atau ada."tambahnya lagi.

bersambung.....

Wednesday 4 January 2012

kisah seorang pemuda dan Maulana..




Seorang pemuda datang kepada Maulana dan berkata, "Saya seorang lelaki muda dengan keinginan yang kuat. Saya tidak dapat menahan diri saya melihat orang apabila saya di pasar. Apa perlu saya lakukan? "

Maulana menyerahkan kepadanya secawan penuh susu, dan memberitahunya untuk membawanya kepada alamat dimana pemuda itu perlu secara langsung melalui bazar (pasar). Dia kemudiannya mengarahkan pemuda itu bahawa susu dengan cermat agar tidak tumpah... dan lelaki itu berkata bahawa ia tidak akan tumpah. Maulana kemudian memanggil salah seorang daripada pelajar beliau dan memberitahunya untuk mengiringi pemuda tersebut melalui pasar sehingga sampai ke destinasi, dan akan memukul pemuda itu dengan teruk jika susu yang dibawanya tertumpah. 



Pemuda itu berjaya membawa susu tersebut ke destinasi dan kembali untuk mengkhabarkan berita gembira kepada Maulana. Maulana bertanya, "Beritahu aku,berapa banyak pemandangan dan wajah yang kamu lihat ketika melalui pasar?" lalu pemuda itu menjawab dengan jujur, "Maulana, saya tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya hanya takut dipukul dengan teruk dan dimalukan jika susu tersebut tumpah dihadapan khalayak ramai, jadi saya berusaha sedaya upaya agar susu itu tidak tumpah. "

Maulana itu tersenyum dan berkata," begitulah juga dengan orang yang beriman. mereka takut kalau Allah menghinakan mereka pada hari akhirat kelak dihadapan seluruh penciptaanNya kerana membiarkan keimanan mereka melimpah keluar daripada hati. Orang - orang ini menyelamatkan diri mereka daripada dosa kerana mereka sentiasa beringat tentang hari pembalasan...Allahuakbar..