~~~~

Tuesday 10 January 2012

cikgu, betul ke Allah ada??? part 1

Pagi itu murid - murid sekolah itu kelihatan bersemangat sekali, kelihatan ada yang berjalan berpimpingan tangan..ada pula yang kejar mengejar...tidak kurang juga ada yang berjalan tunduk, mungkin matanya masih mengantuk. mungkin juga terlewat bangunnya.

mata cikgu itu melirik kepada seorang murid, yang lihatnya selalu suka bertanya, bermain dan bergurau. di kelas dialah raja. Masakan tidak, semua murid tahu dia memang berpengaruh, hero lelaki lah katakan. sebentar lagi kelas akan bermula. cikgu itu menuju ke blok Kapas. dibibirnya senantiasa terukir senyuman, jarang sekali bermuram durja. Ahh, kelas ini memang terkenal, kelas yang menjadi ranking pertama dalam buah mulut guru - guru.

cikgu itu masuk ke kelas itu, suasana ceria kelas tidak pernah berkurang, jika tidak kena kawalan murid, sukarlah untuk memastikan kelas dalam keadaan bersedia.seraya dia berkata."kelas semua bangun!". dalam keadaan yang kurang bersedia, murid - murid bangun, ada yang menggeliat, ada yang masih terpaku dikerusi, tidak kurang juga ada yang bermain - main dengan rakan. "baik, siapa yang tidak berdiri dengan betul, saya tidak akan bagi mereka duduk!'', tegas cikgu itu. dengan nada yang serius itu membantutkan murid - murid yang masih duduk dan yang yang sedang bergurau senda mula berhenti bercakap. suasana kelas tenang seketika. "assalamualaikum"...cikgu bersuara, murid - murid membalas dengan penuh bersemangat dan suara -suara mereka kedengaran dalam sebutan yang seirama.

"sebelum kita duduk, saya nak tanya kamu semua, siapa pagi ini membaca surah Al-fatihah? sila angkat tangan". sekali lagi murid termenung dan berfikir, ada yang mencuit kawan disebelah bertanya...mungkin tidak dapat memahami soalan atau tidak tahu surah Al-fatihah itu apa...suasana menjadi agak hingar seketika. tiba -tiba seorang daripada mereka mengangkat tangan..kawan - kawan yang melihatnya juga turut mengangkat tangan...ada juga yang tidak berbuat demikian...senyuman terukir pada wajah cikgu itu."baiklah, yang angkat tangan ni, arahan cikgu seterusnya, cuba baca surah Al-fatihah beramai-ramai, cikgu nak dengar." dengan nada yang yakin dan bersemangat mereka membaca, tidak kurang juga murid - murid yang tidak menngangkat tangan juga turut mengikuti bacaan mereka. selesai membaca, cikgu itu bertanya lagi kali ini dia menumpukan soalan tersebut kepada murid yang mula-mula mengangkat tangan tadi.."Che Ku, cikgu nak tanya, bila kamu baca Al-Fatihah pagi tadi?" seluruh mata didalam kelas itu tertumpu kepada Che Ku.Dengan tersenyum dan perlahan, "semasa solat subuh cikgu!". sekali lagi senyuman terukir diwajah cikgu itu, dia memang sudah menjangkakan jawapan itu terpancul dari murid yang paling tersohor dengan kepandaiannya. murid-murid yang lain memberi reaksi yang peling, ada yang merenung, ada yang tersengih, tidak kurang juga ada yang memberi mimik muka " aku agok doh".(dalam bahasa Terengganu)

" cikgu tengok tidak ramai yang solat pagi tadi, cikgu tahu sebab bukan semua yang jujur, tadi cikgu boleh nampak ada yang tidak membaca surah Al-Fatihah bersama-sama walaupun dia angkat tangan." seluruh kelas dalam keadaan diam dan bungkam. cikgu itu mengarahkan murid - murid itu duduk seraya mengingatkan mereka yang masih tidak bersolat agar melaksanakan kewajipan itu.

" hari ini kita akan belajar tentang kewujudan Allah.sebelum kita mulakan, izinkan cikgu memulakan pelajaran pada hari ini dengan cerita, kamu semua nak dengar tak?" soal cikgu Agama itu, sememangnya dia tahu murid - muridnya suka mendengar cerita. " cuba kamu lihat keadaan sekeliling kita. apa yang kamu nampak?", kelas menjadi bising kembali dengan jawapan - jawapan daripada murid -murid. sememangnya jika ditanya soalan pastinya mereka tidak akan lepaskan peluang untuk bercakap, sememangnya murid - murid tahun 3 Cemerlang ini suka menyatakan pendapat masing - masing." baiklah, cikgu nak orang yang nak jawab angkat tangan, cikgu akan pilih, orang yang cikgu tidak pilih, tolong jangan bercakap, siapa yang bercakap juga, cikgu akan denda mereka berdiri!", serius nadanya.

beberapa orang murid mengangkat tangan" Normie, cuba beritahu cikgu apa yang kamu nampak?",tanya cikgu. " pokok, cikgu!." jawabnya. beberapa murid yang lain memberitahu jawapan seperti meja, kerusi, kipas, batu, langit, dan kucing." Murid - murid, apa yang kamu nampak ini dipanggil benda - benda yang ada atau wujud. jadi, wujud itu bermaksud ada.Sekarang, adakah semua anak murid cikgu faham dengan maksud wujud? satu kelas menjawab dengan nada seirama " Faham cikgu!". cikgu itu bertanya, "ada soalan?". kelihatan satu tangan diangkat, " baik, Rahman, apa yang kamu hendak tanya?" soal cikgu. " cikgu, betul ke Allah itu ada?kenapa saya tak pernah nampak?", soal Rahman dengan mimik rupa terpampang ribuan persoalan yang tidak terjawab. sememangnya Rahman merupakan murid yang agak matang fikirannya, walaupun baru berumur 9 tahun, pemikirannya jauh menginjak dari usianya.

Senyuman cikgu itu semakin jelas kelihatan."terima kasih Rahman, memang Allah itu wujud, tetapi kita tidak dapat melihat Dia, Allah sentiasa melihat kita semua, Dia nampak apa yang kita bisikkan walaupun didalam hati kita. kawan - kawan kita tidak tahu apa yang kita sedang fikirkan bukan? cuba kamu fikirkan sesuatu. Allah pasti tahu apa yang kamu fikirkan. buktinya Allah itu wujud cukup - cukup mudah. baik, kelas...kamu percaya tak angin itu ada?" panjang lebar ulasan cikgu dan ditambah dengan soalan.murid-murid secara spontan menjawab "ya kami percaya!" lalu cikgu ittu bertanya lagi," macam mana kamu tahu angin itu ada sedangkan kamu tidak nampak angin? murid - murid lain terdiam, Rahman bangun seraya berkata " boleh cikgu, kita boleh rasa angin kipas cikgu, sejuk." jarang sekali anak kecil yang mampu berfikiran matang sedemikian. "benar kata Rahman ittu, walaupun kita tidak nampak angin tetapi kita boleh rasa, jika angin yang kita tidak nampak pun wujud, Allah lebih - lebih lagi lah wujudnya!" bahas cikgu itu."ada banyak bukti-bukti yang Allah tunjuk membuktikan yang DIA wujud, atau ada."tambahnya lagi.

bersambung.....

No comments:

Post a Comment